Wednesday 23 November 2016

1

ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI YANG TAMAK.


ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI 


Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangat cantik. Setiap hari, ketika petani tersebut mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji telur emas yang berkilauan.

Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur emas ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama kemudian keserakahan dan ketamakan petani itu terhadap angsa, kerana angsa hanya menelurkan sebiji telur emas sahaja setiap hari. Petani merasa dia tidak akan menjadi kaya dengan cepat.

Suatu hari, petani berasa telur emas yang diperolehi masih belum mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia  hendak mendapatkan telur emas yang banyak. Tidak lama kemudian petani  mendapat idea untuk memyembelih angsa dan membelah perut angsa tersebut kemudian mengeluarkan telur emas yang banyak didalam perut angsa tersebut. Tetapi ketika penyembelihan selesai petani  mendapati tidak ada walau sebiji telur pun. Dia menyesal kerana telah membunuh angsanya yang sangat berharga itu.

1 comment: