Wednesday 23 November 2016

0

ARNAB YANG PEMALAS

ARNAB YANG PEMALAS



Di sebuah hutan, terdapat seekor arnab dan tupai. Mereka berdua bersahabat baik. Hampir setiap harimereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada sesuatu hari, Si Tupai berkata kepada Sang Arnab "Mari kita buat saranguntuk perlindungan kita musim hujan nanti"
Betul kata awak Si TupaiTapi saya mahu rehat sebentar’’, jawap Sang Arnab kemalasan. Malangnya, petang itu telah turun hujan yang lebat dan peristiwa itu telah menyebabkan Si Tupai dan Sang Arnab kebasahan dan kesejukan yang amat sangat. ‘’Jika kita ada sarang mesti kita tidak jadi seperti ini’’ kata Si Tupai. ‘’Ya, betul tu’’ jawap Sang Arnab.
Pada keesokkan harinya, Si Tupai mengajak Sang Arnab sekali lagi untuk membina sarang. Namun, Sang Arnab masih berdalihKita masih ada banyak masa lagi, lebih baik kita pergi mencari makanan sahaja. Saya lapar”. Si Tupai hanya menurutinya sahaja dengan harapan selepas itu mereka berdua akan membina sarang untuk berteduh nanti.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Kali ini lebih lebat lagi. Mereka masih lagi tiada tempat berteduh itu terus kebasahan dan kesejukan. ’Alangkah baiknya jika kita ada sarang’’, kata Si Tupai. ‘’Esok sajalah kita bina sarang’’ jawap Sang Arnab kemalasan tanpa menghiraukan rungutan Si Tupai. 

0 comments:

Post a Comment