Wednesday, 23 November 2016
ANJING DAN BAYANG - BAYANGNYA
ANJING DAN BAYANG - BAYANGNYA
Seekor
anjing yang mendapatkan sisa tulang dari tepi
jalan, anjing
berlari-lari pulang ke rumahnya secepat
mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati
sebuah titi yang sangat
kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat
terdapat bayang-bayang seakan akan dirinya
terpantul jelas dari air di bawah titi itu.
Anjing yang serakah itu merasa seekor
anjing yang lain membawa tulang yang lebih
besar daripada tulangnya. Dia menjadi marah
dengan bayang-bayang tersebut dan terus
mencampak tulangnya. Dia melompat ke
dalam sungai untuk berebut dengan
bayang-bayangnya sendiri.
Anjing yang serakah
itu telah lemas dalam sungai dan susah
payah berenang menuju ke tebing
sungai. Akhirnya, dia menyesal
dengan apa yang terjadi dan sedar betapa
ruginya dia kerana kehilangan tulangnya.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor
serigala yang
licik bernama Jekky . Jekky bersahabat baik dengan
seekor keldai yang kurang cerdik bernama Jonny.
Oleh itu, Jekky sering mengambil kesempatan terhadap Jonny.
Jekky kerap menggunakan Jonny bagi mendapatkan
makanan. Jonny hanya menurut sahaja
segala arahan Jekky.
Pada suatu
petang, Jekky dan Jonny berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan
diri. Jekky yang licik
mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa
itu. Jekky berpura-pura
berani di hadapan Jonny itu.
“Kamu tunggu di
sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,” kata Jekky.
Jekky berjalan kearah singa.
“Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke
sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di
sana,” kata Jekky dengan lemah
lembut. “Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau mesti bertindak sekarang juga!” jawab singa
dengan garang. Jekky kembali menemui Jonny “Singa itu tak mahu makan kita
sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini
dan menyorok di dalam gua ketika
Jekky dan Jonny masuk
ke dalam gua, singa
terus menerkam Jekky. Kemudian, singa
membaham Jonny.
ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI YANG TAMAK.
ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI
Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang
sangat cantik. Setiap
hari, ketika petani tersebut
mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji
telur emas yang
berkilauan.
Petani tersebut mengambil
dan membawa telur-telur
emas ke
pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai
menjadi kaya. Tetapi
tidak lama kemudian keserakahan
dan ketamakan petani
itu terhadap angsa,
kerana angsa
hanya menelurkan sebiji
telur emas sahaja
setiap hari. Petani merasa dia
tidak akan menjadi
kaya dengan cepat.
Suatu hari, petani berasa telur
emas yang diperolehi masih belum
mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia hendak mendapatkan
telur emas yang
banyak. Tidak
lama kemudian petani mendapat idea
untuk memyembelih angsa dan membelah
perut angsa
tersebut kemudian mengeluarkan telur
emas yang banyak didalam perut
angsa
tersebut. Tetapi ketika penyembelihan
selesai petani
mendapati
tidak ada walau sebiji telur
pun. Dia menyesal kerana
telah membunuh angsanya yang
sangat berharga itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)