Wednesday, 23 November 2016
Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang
sangat cantik. Setiap
hari, ketika petani tersebut
mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji
telur emas yang
berkilauan.
Petani tersebut mengambil
dan membawa telur-telur
emas ke
pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai
menjadi kaya. Tetapi
tidak lama kemudian keserakahan
dan ketamakan petani
itu terhadap angsa,
kerana angsa
hanya menelurkan sebiji
telur emas sahaja
setiap hari. Petani merasa dia
tidak akan menjadi
kaya dengan cepat.
Suatu hari, petani berasa telur
emas yang diperolehi masih belum
mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia hendak mendapatkan
telur emas yang
banyak. Tidak
lama kemudian petani mendapat idea
untuk memyembelih angsa dan membelah
perut angsa
tersebut kemudian mengeluarkan telur
emas yang banyak didalam perut
angsa
tersebut. Tetapi ketika penyembelihan
selesai petani
mendapati
tidak ada walau sebiji telur
pun. Dia menyesal kerana
telah membunuh angsanya yang
sangat berharga itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih banyak
ReplyDelete