Wednesday 23 November 2016

0

ARNAB YANG PEMALAS

ARNAB YANG PEMALAS



Di sebuah hutan, terdapat seekor arnab dan tupai. Mereka berdua bersahabat baik. Hampir setiap harimereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada sesuatu hari, Si Tupai berkata kepada Sang Arnab "Mari kita buat saranguntuk perlindungan kita musim hujan nanti"
Betul kata awak Si TupaiTapi saya mahu rehat sebentar’’, jawap Sang Arnab kemalasan. Malangnya, petang itu telah turun hujan yang lebat dan peristiwa itu telah menyebabkan Si Tupai dan Sang Arnab kebasahan dan kesejukan yang amat sangat. ‘’Jika kita ada sarang mesti kita tidak jadi seperti ini’’ kata Si Tupai. ‘’Ya, betul tu’’ jawap Sang Arnab.
Pada keesokkan harinya, Si Tupai mengajak Sang Arnab sekali lagi untuk membina sarang. Namun, Sang Arnab masih berdalihKita masih ada banyak masa lagi, lebih baik kita pergi mencari makanan sahaja. Saya lapar”. Si Tupai hanya menurutinya sahaja dengan harapan selepas itu mereka berdua akan membina sarang untuk berteduh nanti.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Kali ini lebih lebat lagi. Mereka masih lagi tiada tempat berteduh itu terus kebasahan dan kesejukan. ’Alangkah baiknya jika kita ada sarang’’, kata Si Tupai. ‘’Esok sajalah kita bina sarang’’ jawap Sang Arnab kemalasan tanpa menghiraukan rungutan Si Tupai. 

0

ANJING DAN BAYANG - BAYANGNYA

ANJING DAN BAYANG - BAYANGNYA


Seekor anjing yang mendapatkan sisa tulang dari tepi jalan, anjing berlari-lari pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah titi yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat terdapat bayang-bayang seakan akan dirinya terpantul jelas dari air di bawah titi itu. 

Anjing yang serakah itu merasa seekor anjing yang lain membawa tulang yang lebih besar daripada tulangnya. Dia menjadi marah dengan bayang-bayang tersebut dan terus mencampak tulangnya. Dia melompat ke dalam sungai untuk berebut dengan bayang-bayangnya sendiri.

 Anjing yang serakah itu telah lemas dalam sungai dan susah payah berenang menuju ke tebing sungai. Akhirnya, dia menyesal dengan apa yang terjadi dan sedar betapa ruginya dia kerana kehilangan tulangnya.


0

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

KAWAN YANG TIDAK JUJUR





 Terdapat seekor serigala yang licik bernama Jekky . Jekky bersahabat baik dengan  seekor keldai yang kurang cerdik  bernama Jonny. Oleh itu, Jekky sering mengambil kesempatan terhadap Jonny. Jekky kerap menggunakan Jonny bagi mendapatkan makanan. Jonny hanya menurut sahaja segala arahan Jekky.

Pada suatu petang, Jekky dan Jonny berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Jekky yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Jekky berpura-pura berani di hadapan Jonny itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,” kata Jekky.

Jekky berjalan kearah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Jekky dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau mesti bertindak sekarang juga!” jawab singa dengan garang. Jekky kembali menemui JonnySinga itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika Jekky dan Jonny masuk ke dalam gua, singa terus menerkam Jekky. Kemudian, singa membaham Jonny.


1

ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI YANG TAMAK.


ANGSA BERTELUR EMAS DAN PETANI 


Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangat cantik. Setiap hari, ketika petani tersebut mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji telur emas yang berkilauan.

Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur emas ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama kemudian keserakahan dan ketamakan petani itu terhadap angsa, kerana angsa hanya menelurkan sebiji telur emas sahaja setiap hari. Petani merasa dia tidak akan menjadi kaya dengan cepat.

Suatu hari, petani berasa telur emas yang diperolehi masih belum mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia  hendak mendapatkan telur emas yang banyak. Tidak lama kemudian petani  mendapat idea untuk memyembelih angsa dan membelah perut angsa tersebut kemudian mengeluarkan telur emas yang banyak didalam perut angsa tersebut. Tetapi ketika penyembelihan selesai petani  mendapati tidak ada walau sebiji telur pun. Dia menyesal kerana telah membunuh angsanya yang sangat berharga itu.